Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 9, 2012

KOTA KELAHIRANKU

KOTA KELAHIRANKU

Dingin
Kota kelahiranku
Disapa rahmatMU
Buat membilas debu-debu lumpur
Di Kuala Kosmopolitan

Beku
Begitu jalanan sekitar jantungmu
Menerbitkan resah
Menggamit amarah pemandu
Menyerang hati yang membeku

Lantas...
Mereka menyerangmu
Apa salahmu pada mereka
Sedangkan mereka yang bawa sengketa
Mereka yang berhijrah ikut penjajah
Menjajah, meratah mengikut hawa

Aku
Cepat-cepat mahu berlalu
Tak mahu berlama di situ
Kerana kutahu pendatang kota bawa nanah
Lalu kota kelahiranku dipersalah
Oh! Kuala Lumpur
Mereka yang menghidupkan amarahMU

Norlidar Lidon
06.11.2012

No comments:

Post a Comment