KISAH HIJRAH RASULULLAH (
KISAH
HIJRAH RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as)
melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail
memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul
untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya
memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda.
Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah
secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa
pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah
kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa
Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman
itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah
secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).
Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut
dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu
kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW
diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk
memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT.
Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT
mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra)
dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak
dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila
fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan
bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu
Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui
arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka
kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang
gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr
bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka
berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk
mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam ker ana mulut
gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung
merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka
daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan
bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah
(SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa
oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka
menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi
mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan
gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa.
Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu,
kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW).
Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah
(SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan
perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba
perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira.
Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan
kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke
Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka
itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga
gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya
Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu
yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8
Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba
di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12
Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di
Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT. Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari
Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam
menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan
kalendar Islam.
No comments:
Post a Comment