Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 22, 2012

KEHILANGAN

KEHILANGAN

Masihkah ada belas
tunas-tunas kegersangan kasih
jauh dari simbahan hujanan sayang
dari bajaan dan siraman cinta yang kering kontang
celahan timbunan kerikil bebatu panas membara

Tangan-tangan kasar zionis
terus merampas dan mengganas
memuntah peluru tidak kenal waktu
merantai kebebasan
memasung kebahagiaan dan ketenangan
memisah hubungan kekeluargaan

raungan ratapan sayu
dek keperitan dan kepedihan
bila kasih direntap sentap tanpa belas
hangat dakapan yang tersayang direnggangkan
masa depan tidak menentu dan kelabu
nasib yatim piatu kian pilu
bagai langit jerebu

hilang saudara
hilang kasih suami tercinta
hilang sentuhan isteri tersayang
hilang tempat pergantungan si manja

kediaman musnah
diusir dari tanah tumpah
bumi bertuah
punah angkara kekejaman
bangsa laknat ingkar perintah
zionis tanpa rasa bersalah

ke mana pergi kuasa
konon pejuang hak asasi manusia
pelakun handalan tetapi boneka
terus bersendiwara
kerana kuasa

bangkitlah semangat
bersatulah ummah Muhammad saw
sepakat dalam syariat bukan sekadar meratap
himpunlah wira-wira pejuang agama
bukan sekadar berebut kuasa
addin kita perkasa.

YHI
Segamat Johor
22112012

No comments:

Post a Comment