Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, November 17, 2012

Jadilah cikgu!

Jadilah cikgu!

Jadilah cikgu!
jadilah cikgu!
sampai mati pun orang panggil cikgu
kerja mulia yang direstu
kata itu ditanam dalam mindaku
bagai menanam tebu
dicacaknya sungguh-sungguh dengan kudrat kalbu
dari darjah satu sehingga pra-U
itulah dendangan halwa telingaku
diputar main tanpa rasa jemu
dan saat aku bergelar cikgu
lengkung bibir senyumannya semanis madu
terima kasih ayah ibu
aku jadi seperti kehendakmu
kerana aku tahu
kauinginkan yang baik-baik buatku.

al-fatihah buat ayah dan ibu.

~CNM, 17/11/12, 7.40am, THMK~

No comments:

Post a Comment