Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, November 19, 2012

Dalam Matamu III

Dalam Matamu III

usah kaulihat aku begitu
hatiku jadi berbulu
meski mulutmu membisu
aku tahu
kaumengundang rindu
bila kau jauh dariku
kerana dalam matamu
ada aku.

usah kaulihat aku begitu
hatiku resah tak menentu
kerana dalam matamu
ada aura yang memburu
minda dan fikirku
diamok cemburu
bila kau jauh dariku.

Embi Estar - 19 November 2012.

No comments:

Post a Comment