Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, November 11, 2012

AIR MATA



Anehnya sesuatu yang dinamakan 'air mata'.

Sebelum ini, air mata, pada saya melambangkan kesusahan, kesedihan, kesakitan dan kelemahan. Air mata bergenang, menitis, berderai, mengalir deras, menghujani wajah.

Bila kepercayaan musnah, bila harapan menghilang, bila hati walang, bila kedukaan memenuhi setiap rongga, bila jiwa hancur luruh, bila derita tak kunjung padam, bila diri tidak mampu lagi menahan gurisan pedihnya bilah kata-kata yang menusuk di tangkai hati, saat itulah air mata menjadi peneman.

Anehnya sesuatu yang dinamakan 'air mata'.
Hari ini, air mata dengan sendiri mengalir perlahan di pipi sewaktu mendengar luahan hatinya. Adakah kerana hati berasa sedih dan hiba? Tidak. Air mata kali ini terasa berlainan.

Bergemuruh jiwa dan raga. Lidah kelu membisu seiring dengan mengalirnya air mata.
Tiada bicara waima kosa kata yang mampu menggambarkan satu rasa ini. Aneh bukan? Air mata yang deras mengalir ini turunnya bukan kerana sedih tapi sebaliknya mengiringi satu perasaan iaitu: bahagia.

Perlahan lahan terasa tangannya menyentuh bahu. Saya menoleh, memandangnya dengan mata bersinar-sinar dengan mutiara jernih yang mula bergenangan di kelopak mata.

"Awak..", sapanya lembut. Bibir tidak menyahut, namun mewakilkan sebuah senyuman manis sebagai jawapan.

"Awak ni sememangnya kuat menangis, bukan?' katanya berselang-selikan tawa.
Ceh! Ingin sahaja dihadiahkan sebuah cubitan kepadanya.
Ketawa dan air mata... itulah sebenarnya cinta.

-LM/HN 11112012-

No comments:

Post a Comment