MELODI CINTA
Kita tarikan lagu cinta ini
diiringi senandung irama dan gemalai ombak
kerana kita tahu
sehebat mana melodi yang kita cipta
pasti ada penamatnya
tetapi...
bersama gendang pantai yang dipukul gelombang
kita lenggokkan tarinya
lagu ini tak mungkin berakhir
iramanya tak mungkin terhenti
semoga cinta kita...
punya alunan yang sama
walau ribut melanda
walau badai menggila
kita tetap hadapinya
sesetia pantai pada ombaknya
~~danhayati~~
070613 23:21pm
No comments:
Post a Comment