Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, June 8, 2013

HAMPIR SAMPAI WAKTU

HAMPIR SAMPAI WAKTU

hampir waktu zohor,
hati berdetik gusar,
lalu cuba berfikir,
kemudian menyindir,
sampai waktu solat zohor,
sanggah diri di mimbar.

hampir waktu asar,
hati bersarang gusar,
lalu cuba berfikir,
kemudian menyindir,
sampai waktu solat asar,
sanggah diri di mimbar.

hampir waktu maghrib,
hati kira menghisab,
lalu cuba memacak tertib,
kemudian bersoal jawab,
sampai waktu solat maghrib,
sanggah diri di mimbar baca kitab.

hampir waktu isyak,
hati memasang tetawak,
lalu segera ambil wuduk,
kemudian membuang riak,
sampai waktu solat isyak,
sanggah diri di mimbar bertawaduk.

hampir waktu subuh,
hati bangun niat ambil tasbih,
lalu segera berwuduk dengan air yang jernih,
kemudian membuang aksi dalih,
sampai waktu solat subuh,
sanggah diri di mimbar berdoalah sesal meluluh.

Bayu
Semporna,Sabah.
080613.

No comments:

Post a Comment