Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 20, 2013

KERANA AKU: DI SINI AKU BERDIRI

KERANA AKU: DI SINI AKU BERDIRI

Aku berdiri di laman ini dengan tegakku tanpa bersandar pada tiang nama
sekadar membawa anugerah untuk kuilhamkan dalam baris kata yang terolah
namun itu bukan bermakna aku memandang sepi laman warisan bangsa ini
biarpun aku tidak segagah mana untuk mendaulatkannya di persada mashyur
tapi sebagai anak melayu dan punya warisan berketurunan yang berabad
amanah ini aku sambung biarpun sekadar bergurindam di pinggiran laman
yang telah lama dipenuhi bait-bait kata puitis atau menggegarkan dari penyair-penyair agung
kerana untuk aku berpuisi, aku tidak memerlukan tandatangan sesiapa pun untuk meluluskannya.

Aku hanya ingin berbicara pada alam tentang keindahan dari pandangan aksaraku
aku hanya ingin berbicara pada ilusi yang mencipta detak dan irama biarpun berlainan tarinya
aku hanya ingin berbicara pada diri sendiri tentang sebuah khayal dalam menganyam huruf-huruf
namun aku sesekali tidak akan berbicara pada manusia yang akalnya hanya bergantung pada logik
kerana laman ini punya darjat
laman ini punya maruah
dan laman ini juga punya kesucian

…dan berdirinya juga aku di sini
adalah kerana aku.

Qalam Bertinta
17062013
2109pm

No comments:

Post a Comment