Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, June 20, 2013

BUKANKAH LORONG INI AKU YANG PUNYA

BUKANKAH LORONG INI AKU YANG PUNYA

Perjalanan ini aku yang rancang bersama kepercayaan yang aku yakini
lorongnya juga aku yang mencantas rimbunan seliratnya yang cuba menyekat
dan aku masih teguh di sini…berdiri tanpa goyang apa lagi gentar
kerana lorong ini aku yang punya…bukan punyanya engkau atau sesiapa
aku akan terus berdiri di sini dengan keupayaanku sendiri
tanpa ego…
tanpa kesombongan.

Kuzahirkan apa yang nyata atau dalam ilusi yang hebat
kerana di lorong ini, kebebasan suaraku tidak tersekat di kerongkong sekadar
mungkin tidak sehebat halilintar namun dentumannya bisa untuk menggegarkan galaksi fikir
dan biar dalam corak apa engkau panahi dengan rantaian goda yang memusar rasaku
namun di sini…di lorong aku ini
aku akan terus tertancap rapi, berdiri dengan kaki yang kutanamkan ke bumi benar
tanpa ego…
tanpa kesombongan.

…lorong ini tuannya adalah aku.

Qalam Bertinta
18062013
1047am

No comments:

Post a Comment