Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, May 13, 2013

Selamat Hari Guru Cikgu Taha.

Selamat Hari Guru Cikgu Taha.

Cikgu, kaulah idolaku
bukan sekadar guru
malah seorang sahabat
penasihat yang tidak pernah jemu
rapat denganku.

Cikgu, pada mulanya engkau yang paling aku benci
yang pernah memalukan aku
di hadapan kesemua teman-temanku
malah satu sekolah ketika itu
di perhimpunan sekolah, aku dimalukan.

Cikgu, masih aku ingat ketika itu
betapa bengkak dan marahnya hatiku
di saat aku kaupaksa membaca warkah cinta
dari seorang awek
yang dialamatkan ke sekolah, buatku.

Cikgu, usai membaca warkah keramat itu
aku kaurotan di hadapan semua
sepuluh sebatan hinggap ke punggungku
yang anehnya sakit sebatan
tidak sama dengan sakitnya malu di hatiku

... satu sekolah memanggiliku dengan panggilan romeo sekolah.

Namun yang bertambah anehnya
selepas peristiwa itu engkau dan aku semakin rapat
bertambah akrab
sehingga sering kali aku kauajak berkelah
bersama teman-teman sepasukan bola sepak sekolah.

Aku kaulantik sebagai ketua pasukan
yang membawa kejayaan sehingga ke zon daerah
tapi tidak sempat untuk merangkul kejuaraan itu
aku terpaksa melupakannya
kerana terpilih mewakili negara di peringkat bawah limabelas tahun.

Ahh! ... manis sungguh kenangan itu cikgu
selepas duapuluhlapan tahun
masih menjadi kenangan indah terpahat di hatiku
masih menjadi nostalgia
masih terasa lagi malunya aku, akibat 'warkah keramat'.

Cikgu Taha
kenangan itu amat berharga buatku
sehingga ke akhir hayatku

... padamu cikguku
di sini aku abadikan tanda kasihku
kepadamu
di hari sambutan para guru peringkat kebangsaan.

Selamat hari guru cikgu.

Kepada semua guru yang pernah mendidik aku
aku juga ucapkan
... ribuan terima kasih
dari lubuk kenangan yang terindah.

Aduh! ... panjangnya puisiku kali ini
masih ada lagi yang ingin aku perkatakan
kepada semua warga pendidik
di hari guru ini

... aku ucapkan
jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

ss/spl/pm ... 13/05/2013.

No comments:

Post a Comment