Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, May 12, 2013

REJAB

REJAB

Rejab
bulan ketujuh dalam hitungan qamariah
telah kembali membuka pintunya
untuk takzim, rahmah, Jud’un dan Birr’un
bagi semua umat
yang berpegang pada KalimahNya
kerana telah dijanjikan pengampunan
kepada mereka-mereka
yang terlalai dalam arus duniawi
lalu mengumpul bencana tanpa disedari.

Rejab ini bulan Allah
bulan yang telah termaktub dengan kisah
kisah keluarbiasaan yang dianggap dusta
oleh mereka yang meragui akan KebesaranNya
betapa Dia dengan KeagunganNya
telah mengangkat seorang insan terpilih
untuk bertemuNya di Siddaratul Muntaha
dalam satu perjalanan yang penuh keajaiban namun nyata
yang terkisah dalam Isra’ dan Mikraj.

Biarpun Rejab akan silih berganti
yang datang pada setiap tahun tanpa culas
namun biarlah dikesempatan yang ada ini
dalam tawadduk dan dengan kerendahan hati
untuk satu pengabdian yang tulus
kita serahkan jiwa dan raga kepadaNya
kerana untuk Rejab yang seterusnya
hanya Dia yang Maha Mengetahui
adakah kita akan berada semula
bersama bulan Allah ini.

Qalam Bertinta
11052013
0859am

No comments:

Post a Comment