Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

RAJUK

RAJUK

Dendangan hati dalam gelora resah
memagari semua rasa yang ada
terhimpit bersama kelukaan
yang membinar kepedihan
lalu terbukalah jendela derita
yang telah terlalu lama
mengidamkan derai airmata
lantas menitis
dalam sedar yang alpa.

Rajuk hati yang panjang
cuba dipujuk dengan sendu
tika bahagia hanya mampir di perdu harap
dan senyum pun seakan mati.

Pun semalam
bukan lagi kenangan
pergi…bersama sendu yang gugur

…resah pun kian bergelora.

Qalam Bertinta
10052013
1621pm

No comments:

Post a Comment