Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, May 15, 2013

Perjanjian anjing dan kucing.

Perjanjian anjing dan kucing.

"Binawe punya kucing
kauberak kat atas lantai ni
pandai pulak kaumengais ya
apa kauingat ini tanah ke
nak dikambus

... aduhai, memang menyusahkan betul"

Monolog aku seorang diri
apabila seekor kucing
membuang bahan kumbahannya di atas lantai
di bilik aku bertugas

... tapi yang lebih menyedapkan lagi
panjang akal pulak si kucing
mengais-ngais
kononnya untuk mengambus najisnya.

Teringat aku kisah dari hikayat
di mana sang anjing memberi amaran kepada si kucing
kerana tidak mengajarnya cara untuk turun dari pokok
setelah mengajarnya memanjat.

"Aku bunuh kaukucing
akan aku siat-siat kulit di tubuh engkau
sehingga ke najis engkau
aku akan telan, seluruh keturunan"

Sebab itulah si kucing sehingga kini
apabila membuang sahaja sisa kumbahannya
akan mengais tanah atau pasir
untuk mengambusnya dari sang anjing

... penuh rasa berwaspada.

Nak salahkan siapa ... eh, betul ke?

ss/spl/pm ... 14/05/2013.

No comments:

Post a Comment