Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, May 13, 2013

KHAZANAH YANG TERSIMPAN

KHAZANAH YANG TERSIMPAN

Guru, nama yang begitu keramat
mengajar aku tentang pendidikan
kecil atau besarnya ilmu itu
kukutip dan kusimpan dalam diri
buat kuterjemahkannya dalam
kehidupan ini.

Guru yang silih berganti
menemani sepanjang persekolahan
agar aku dewasa dalam pendidikan
matang dalam perlakuan
di bawah tunjuk ajarmu
tulus dan ikhlas membina kerjaya.

Kini semua khazanah yang tersimpan
diolah menjadi mutiara yang sangat mahal
sukar untuk dinilaikan.

SZA KAM
Tapah Perak. 13.5.2013

No comments:

Post a Comment