Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, May 12, 2013

Khazanah cinta

Khazanah cinta

Usah diusir kenangan silam
bagai lautan yang tiada pernah bertepian
surutnya tiada malah semakin dalam dasarnya
bergelora namun ada ketikanya tenang

di situlah tersimpan segala khazanah yang terpendam
tidak terhakis paluan ombak menenggelam
semakin menebal pasir di dasarnya yang dalam
di lantai samudera beraliran arusnya.

Wlau tidak terlihat di kasarnya mata
tidak pula bermakna

... rindu itu tiada di dada.

Maka usahlah diusir kenangan tercipta.

ss/spl/pm ... 11/05/2013.

No comments:

Post a Comment