KABUR
Penaku mengeluh
memuntah citra alam
tentang pulau-pulau manusia
merangkul anutan
hilang waras
kerana berTuhan nafsu
retak kian belah
suara sumbang berkumandang
menyanyi warna percaya
hitam putih
pendeta membisu
atau dibisu
sepatah lontar kitab pudar
sukar benar
pekak tuli
bisu petah bicara
mengulas tanpa ragu
dunia celaru
kabur kabur
benar terkubur
yahyaisa
Segamat Johor
20052013
No comments:
Post a Comment