Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, May 15, 2013

BAKTIMU BERGEMERLAPAN

BAKTIMU BERGEMERLAPAN

Guru...
baktimu bergemerlapan di angkasa
menjadi bintang budi yang bersinar
menerangi gelap malam
di bawah pohon pengorbananmu
yang rendang membuahkan benih usaha
gugur menjadi anak bangsa yang berjaya
Guru...
wangian bauan bunga ilmumu
memenuhi ruang peribadiku
menjadikan diriku sentiasa memegang
dahan nasihatmu di ranting ingatan.

SZA KAM
Tapah Perak.

No comments:

Post a Comment