Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, May 15, 2013

Aku.

Aku.

Aku hanya insan biasa
katakanlah aku ini mat skema
atau apa sahaja yang engkau suka
minda terlancar tiada noktahnya.

Aku tak pandai berpura
tidak juga pandai bermuka-muka
selingkuh di hadapan mata
tintaku membasah tiada lapiknya.

Aku tak pandai mengadu domba
hanya pandai membidas kata
tak suka apa yang aku perkata
aku nak buat macam mana

... hukum akal bagiku lebih bermakna.

Aku adalah aku, tiada berlebihannya.

ss/spl/pm ... 15/05/2013.

No comments:

Post a Comment