AKU INSAN YANG MERIMASKAN? (II)
Adakah kita ini insan yang merimaskan? Hanya kerana kita rajin bertanya
dan ambil tahu atau cuba membuat sesuatu perkara untuk mengubah suasana
menjadi damai dan lebih ceria. Sama ada berjaya atau tidak, itu bukan
isu utama. Isu utamanya adalah keinginan kita untuk mencuba sedaya
mungkin melakukan yang terbaik.
Kadang-kadang sebaik mana pun kita cuba untuk meredakan
keadaaan, kita sering terperangkap dalam keinginan kita sendiri untuk
mempengaruhi keadaan yang akhirnya menjadikan suasana tidak seperti yang
diharapkan. Maka lahirlah dalam diri kita perasaan-perasaan seperti
terhimpit, tak cukup ruang, rimas dan sebagainya. Adakah kita insan yang
merimaskan hanya kerana kita cuma untuk memainkan isu utama.
Lanjutan dari senario sebegini, si dia mula dikuasai oleh nilai rasa
yang tajam seperti tertekan, rajuk, dingin, diam dan kesenyapan. Bila
nilai-nilai ini dewasa dalam diri si dia, kita mulai rasa tak punya apa,
terpinggir, tiada perhatian dan sebagainya malah ada jua masa-masanya
jiwa kita akan rasa jauh dan semakin jauh.
Duhai ...
Adakah kau letih?
Atau lelah?
Atau kalah?
dalam bermain benangmu.
Memang benar
hanya kau yang tahu
apa yang mengusik minda dan rasamu.
Mungkin aku yang salah
kerana ingin tahu
kerana sangat mengganggu.
Sungguh
aku sendiri tidak tahu
berana nilai aku di hatimu
Maaf
kulihat langitku selalu mendung
seperti kamu yang selalu murung.
Petang ini hujan ribut. Banyak perkara yang kita boleh belajar dari
suasana hujan sebegini. Salah satunya mungkin kita boleh belajar tentang
kesedaran untuk berfikir dan memandang dari mata insan lain. Belajar
untuk lebih memberi ruang kerana ada masanya kita sememangnya tak mampu
bersuara.
Adakah kita kurang sabar?
.
Angah Arie
No comments:
Post a Comment