Air Panas dan Angin Menegurnya
pada disember itu
adalah pengejaan hati-hati rapuh
pada sebuah diari yang terpuing
meninggalkan bekas pada kelilkir batu
yang tak pernah timbul, gelugut
adalah bukti-bukti yang tidak terhakis
meski telah dimamah waktu, tak terpedulikan
air panas dan angin menegurnya
melakar perubahan, tetap kental
hanya tinggal seperempat detik
pasti ada suatu yang dapat dimaknai
pada terowong kehidupan yang dijanjikan
pedulikanlah, lambat atau sedikit
di hadapan akan tertempohi jua
dalam sifir perubahan
kerana pasir-pasir harapan yang subur
tetap terinjak oleh kaki-kaki yang menapak jejak
dalam barisan yang berjejaran
bagi sebuah menara kejayaan
dan tetap berulang dalam pusingan yang sama
merebut di penghujung lembaran waktu
saat detik yang ternantikan
Embi Estar - 1.1.2013
No comments:
Post a Comment