Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

~ maafkan aku ~

~ maafkan aku ~

Jejaka yang menyapa
menghulurkan rasa cinta
membisikan sayang
mengirimkan rindu
untuk kusapa untuk kusambut
usahlah kaumenanti
kerana jawab kupasti
maafkan aku

bukannya aku sombong
pada dunia cintamu
bukannya aku mendabik dada
menidakkan hasratmu
tapi
hormatilah keputusanku
perjuanganku terlalu jauh
untuk aku capai
aku tak mahu ikatan cinta
menjadi penghalang
kebebasan aku
dalam membuat pilihan
milik mutlakku

maafkan aku
jejaka-jejaka terpilih
pengertian hidupku
berbeza, kita tidak sama
di luar sana beribu
bunga-bunga segar
mewangi di taman hampirilah
moga kauberoleh kebahagiaan

maafkan aku...

Jue Affendi
20012013

No comments:

Post a Comment