Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

TELUS

Sukar membeza
berkhasiat atau racun bisa
hidangan harian pelbagai rasa
basi segar
diolah serupa
bahan tatapan disajikan
tanpa batas susila, diragut nilai budaya
disanjung melambung kerana untung
dicaci keji takut rugi

yang ditindas terus dipulas
tiada peluang berbahas mengulas
membela diri di atas pentas

yang dipuji dilambung tinggi
biar beronar daki
disembunyi rapi

peranan menyampai, hidangan perlu bernilai
bukan serkap jarang, menghimpun segala temberang
maklumat perlu teliti, dari sumber terpuji
tidak berat sebelah, mengundang pecah belah

serulah perpaduan
bukan peneraju perpecahan
perananmu penting
bukan tempat tuding menuding

tugasmu mendidik
membina akal cerdik
anak bangsa celik
akhlak cantik

perlu telus
kebenaran jangan ditimbus

yahyaisa
Segamat Johor
19012013

No comments:

Post a Comment