Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

~~Pepatah yang Patah~~

~~Pepatah yang Patah~~

Pepatah tetap bermakna
biarpun sering tak diguna,
“cerdik tak boleh ditumpang,
bodoh tak mahu diajar”,
yang cerdik petah bercerita
yang bodoh mendengar saja
yang mendengar seperti pekak
yang melihat seperti buta
yang betul salah
yang salah betul
maka semuanya kacau bilau
arah fikir semakin bercelaru
kerana dicelarukan…

Biarlah musang berbulu ayam
Biarlah kuda sebagai tunggangan
asal sampai maksud impian
lautan kelam diredah jua
asal saja tak bergantungan
biar berenang ke tengah lautan
asal tidak berdayung sama.

Yang didekat, bukan musuh
Yang dijauhi, bukan saudara
ralik menghitung dendam bertapuk
biar kesumat mencincang lumat,
asal tidak mengurang niat
biar sampai hasrat hati
asal tidak bersatu lagi!

Tangkas dan pantas,
segala maksud segera diperhebah
segala hasrat segera dipersembah
temanya segera diubah
biarpun ada yang mendesah
asal saja seperahu kapal berlabuh
asal maksud sampai ke destinasi
lain cerita, kemudian saja.

Kala ralik penglipur bercerita,
ukur padu bukan lagi taruhan,
hajat mendahului niat
tentulah terbiar kaku
tega melihat bangsa bercakaran,
bersahaja melihat agama dipersenda
menjadi bahan mainan
yang cilik diajak berjerit pekik
yang tua memekak tuli
mulut bersuara tapi bisu
mata melihat tapi buta...
Bilakah penyatuan bisa berlaku,
jika dendam terus dipangku??

Liza Isma,
~Suara hati di hujung tinta~

20 Januari 2013/8.00pm_Ahad.

No comments:

Post a Comment