Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

JANGAN SEKADAR RETORIK

JANGAN SEKADAR RETORIK

Engkau cuba berbicara tentang bangsa
bercerita tentang arti ketuanan
yang kononnya perlu dipertahankan
demi kesinambungan pada generasi akan datang
meneruskan kelangsungan hidup yang ada
tanpa sedikit pun kausedari
untuk kesinambungan dan kelangsungan
bukan sekadar berbicara
bukan juga hanya bercerita tentang sejarah
tetapi membuktikannya di mata mereka
bahawa kata-katamu bukan sekadar retorik
bukan juga sekadar umpanan memikat
atau sekadar untuk mendapatkan publisiti
agar kaudipandang hebat di mata masyarakat
sedang hakikatnya kausekadar mengelat
hanya kerana untuk meneruskan kelansungan hidupmu
untuk anak cucumu mengecap kemewahan
dan meneruskan kesinambungan keturunanmu.

Aku mungkin tidak sebijakmu
juga tidak punya pengaruh sepertimu
namun aku diberi akal
untuk memikir setiap yang berlaku
diberi mata untuk melihat semua yang terjadi
untuk membezakan antara berlian dan kaca
biarpun mungkin aku bukan Jauhari
namun aku punya kata hati
biarpun ianya mungkin menyimpang dari realiti
biarkanlah takdir yang menentukan
dan yang pastinya
takdirku bukan di tanganmu.

Qalam Bertinta
22012013
0045am

No comments:

Post a Comment