Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

DUIT

DUIT

Duit
tiada menafi
kepentingan keperluannya
ada duit
mudah belanja
untuk diri anak keluarga

duit
tidak menjanji kesenangan
tidak mampu membeli ketenangan
tidak mampu membeli kesihatan
tidak mampu membeli perpaduan
jikalau salah pengurusan

kerana duit
manusia lupa
hilang pertimbangan
kewarasan fikiran
sanak saudara bersengketa

kerana duit
lelap mata
integriti dipertikai
jalan pintas mencari kaya
mencari pengaruh kuasa

duit
bukan segalanya
tanpa tadbir akal waras
berteras hukum yang jelas
maju dipangku berteras ilmu
harmoni jika berintegriti
pengurusan berkualiti

yahyaisa
Segamat Johor
19012013

No comments:

Post a Comment