Hati yang parah.
Tersiat hati
terkupas bak kudis buta
kering
namun hapaknya berbau
menusuk kalbu
melantung tidak terhidu
terbangnya melayang
dibawa sang bayu
tiada haluan mahu dituju
tiada ribaan yang mahu
menyambut kelukaan hatiku,
teroleng-oleng sendirian
membelah awan yang biru
kian dimamah waktu
usainya terkedu.
Ahh! Parahnya hatiku.
ss/spl/pm ... 14/01/2013.
No comments:
Post a Comment