Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, January 24, 2013

Puisiku penawar kesunyianku.

Puisiku penawar kesunyianku.

Puisiku
hanya sekadar luahan kata
pelbagai rupa
pelbagai rentak bentuknya
buat menghilangkan
kesunyian bertompok di dada
di kala malam
menebarkan sayap gelita.

Puisiku
hanya sekadar coretan kata
tiada kena mengena
dengan kehidupan sesiapa
hanya gubahan
dari jiwa sang pujangga
di waktu sunyi
bersarang di benak raga.

Puisiku
sekadar hiburan sahaja.

ss/spl/pm ... 20/01/2013.

No comments:

Post a Comment