Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, January 20, 2013

CERITA CINTA YANG TERHENTI

CERITA CINTA YANG TERHENTI

Aku cuba mencipta keindahan
membina bahagia dalam cerita ini
mencorak bunga-bunga rindu di antara kita
agar jalanan cerita ini
mengharum dan mewangi
dalam jambangan kasih yang kita kuntumkan
bersama cinta yang kita pasungkan
di hati dan di jiwa.

Namun garapanku terhenti tiba-tiba
jemariku seakan kaku untuk menari
bersama kalam yang sepertinya kehabisan tinta
hinggakan cerita yang kuharapkan hingga ketitik akhir
hanya separuh jalan tercipta
dan bunga-bunga rindu semakin layu dan pudar
tanpa wangian…tanpa haruman
kuntuman kasih yang ingin kita jadikan jambangan
gugur satu persatu kelopaknya
dan cinta makin terlerai
dan mula menyelak pintu hati dan jiwa
untuk menapak keluar
mencari arah tuju masing-masing.

Lalu tangisanmu bergema
mengungkap seribu kesalan
katamu “engkau tidak mahu kehilanganku.”
Katamu lagi “akulah segala-galanya,
akulah nyawamu dan akulah hidupmu.”
Dan persoalan itu aku
yang mencari jawapan di sebalik kata-katamu
meraba kebenaran dalam gelapnya hatiku
namun jawapan masih sukar untuk kutemui.

Haruskah aku percaya pada satu tangisan
mestikah aku mengalah pada satu janji
janji yang sering mencipta onar antara kita
hingga membangkitkan ragu meragui
lalu cinta pun semakin hilang cahayanya.

pun aku tidak akan menyerah pada takdirku!... .

Qalam Bertinta
15012013
1225am

No comments:

Post a Comment