PENCARIAN INI PENCARIANKU
Kurenangi lautan kasihmu
dalam payah yang menyiksa
demi mencari kasih sayangmu
yang semakin jauh hanyut
dari pulau harapanku.
Walau kelemasan dalam renangan
kugagahi jua semangat yang tersisa
biar terhanyut dalam julangan badai
aku rela…kerana aku tahu
dalam mencari akan pasti kutemui
biar dalam waktu dan harapan yang tak pasti
aku akan terus mencari
kerana pencarian ini
pencarian aku!... .
Qalam Bertinta
18012013
2321pm
No comments:
Post a Comment