BULAN CERAH
Menyengar ke sukma jiwa
lunak seru di hujung suara
memukau sekian alam
sepi melangkah memulau hara
Senja pergi kerana rembulan
tatkala hati mengasuhi diri
khalwatkan diri merelakan sepenuh hati
menghampiri-Nya
dengan nawaitu sekedil diri...
Tiada beza antara kita
putih bersujud menyerah jiwa
moga hujung nyawa dirahmati
Ibarat bulan cerah...
mentari memuji...
hujan membasuhi...
tiada cemar pada tanah ini walau acap dicabuli
kerna selamanya kita berhak diuji
sesal sekali berkali-kali diampuni.
MAZZ C CARRY CINTA
— at JENGKA12,PAHANG
No comments:
Post a Comment