Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, August 5, 2013

TEMAN SETIA.

TEMAN SETIA.

Kesakitan ini
menjadi duri di dalam daging
bermata kail menusuk minda, setia
di dalam setiap pancingan ilham
merapati hasil tangkapan
berkualiti
dari minda kebasahan.

Biarlah
akan aku meladeninya
selagi termampu akan aku biarkan
mata kail yang menusuk minda
di dalam umpanan ilham
yang pastinya berbaloi
hasilnya.

Tidak akan sesekali aku mengalah
kepada kesakitan ini.

Sazalee Sulaiman ... 02/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment