Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, August 5, 2013

BULAN KEMERDEKAAN.

BULAN KEMERDEKAAN.

Semboyan telah dibunyikan
bulan kemerdekaan di ambang kemasyuran
tegaknya kiblat kenegaraan
jalur gemilang kita kibarkan
panji negara kita sandangkan
di bahu kemerdekaan.

Merdeka kita laungkan
merdeka kita gemakan di dalam keramaian
berbekalkan jati diri kewarganegaraan
tersisip di dalam dada kejayaan
menuju impian berwawasan
bersahut-sahutan.

Laungkan
laungkanlah wahai anak-anak Malaysia sekelian
laungkan kata-kata keramat kemerdekaan
kita sandarkan kemenangan
agar bergema di setiap dataran
biar musuh gerun di dalam minda kegentaran.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Ayuh kita laungkan
bangkitlah dengan semangat kemerdekaan
lena yang panjang kita tinggalkan
alpa yang fana jangan kita pertahankan
kemerdekaan harus kita kekalkan
itulah satu kewajiban

pada setiap rakyat yang sayangkan kebebasan.

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA.

Terima kasih aku ucapkan kepadamu Malaysia
syukur aku panjatkan kepada-Mu Tuhan
kerana aku Kau-berikan kesempatan
lahir sebagai anak merdeka
berkewarganegaraan.

MERDEKA.

Sazalee Sulaiman ... 02/08/2013
Nilai, Negeri Sembilan
Malaysia.

No comments:

Post a Comment