Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, June 24, 2013

Puisi - Menyemai Sangkaan Menuai Kehampaan.

Puisi - Menyemai Sangkaan Menuai Kehampaan.

Dengan Nama Allah Yang Memiliki Segala Kemuliaan.

Duhai insan yang leka menggapai kebahagiaan. Ketahuilah tanpa rasa keterpaksaan. Sejauh mana dikau labuhkan pandangan. Di situ tetap tersirat jelas garisan keimanan. Yang membeda antara dua jurang kemungkinan. Yakni, dalil kebenaran dan kebathilan kebetulan.

Memang sarat dengan keanehan. Makin diri meningkat kedewasaan. Makin diri dianugerahi kebijaksanaan. Semakin diri tersasar mendekati kezaliman. Dalam ralit menyemai sangkaan. Dalam sulit membunga kehampaan.

Justeru, hargailah setiap hubungan. Dengan hiasan tebeng keikhlasan. Agar empunya diri berpaksi ketulusan. Kelak melorong syaitan ambil kesempatan. Mengaburi dengan fatamorgana kecelaruan. Menjauhi limpahan takdir keberkatan. Yang kian hari semakin berdekatan.

Usah disengajakan sempadan pemisahan. Kelak akan menjurus untaian keributan. Membuai hati yang lara kejauhan. Kian hari bersulamkan ketawaran. Kerna pabila dengan sering disengajakan. Cepat sekali menjatuhkan hukuman. Bahawa setiap insan tetap kesamaan. Bagaikan empunya diri kalis kekurangan.

Jika sudah asyik menggulai perasaan. Pasti ralit menyusuri kelibat bayangan. Yang penting terlepas guruh kegeraman. Yang termanggu resah mengharapkan perhatian. Lama kelamaan akan bangkit keberanian. Nista dihidang mengganti pujian. Sedang yang ditagih masih selaut kedamaian.

Waima ia sehandai persahabatan. Mahu pun setunai perkahwinan. Jauhilah dari mainan sangkaan. Kelak berkecamuk lubuk kerinduan. Pasti akan membusung kebarahan. Pemangkin jerih seperih kemarahan. Melunyai luluh arti kemanusiaan. Membadai luruh seteguh ikatan. Yang selama ini menjadi dambaan.

Usah dijulang tinggi titik keraguan. Hadapi kekalutan dengan kelapangan. Khuatir berserabut renyuk temali kebergantungan. Di kala itu yang digendong pasti berciciran. Hatta, jatuh ke tanah kasih lena beradu di ribaan. Di kala itu tiada makna lagi ratapan tangisan. Selagi tidak bertampi kipasan keegoan. Dengan hanya sedikit sahaja dugaan kelebihan. Kasih berbalas dengan terjahan kecurangan!

Nukilan Rasa :
~ Din Kelate ~
12 Syaaban, 1434 H
21 Jun, 2013

No comments:

Post a Comment