Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 8, 2013

Puing-Puing Marahmu

Puing-Puing Marahmu

jejak tapak kakimu yang menderu
kutahu akubukan sesiapamu
lariknya dalam kelihatan ganas
membungkus kemas
mewarnai hatimu menjauhiku
dari berbagai arah dan berpinar
mengaum bak singa lapar
di hutan Kalahari yang berdebu dan ringsak.

kufikir
aku tak usah lagi berpura
mendingin hati dan akal
mencari penawar memujukmu
kembali semula dalam damai harmoni
kerana puing-puing runtuhan marahmu
adalah wacana sebenar abu-abu itu
tak akan kembali putih dan suci
jalan untuk melangkah semula dari belakang
amat menyiksa degup nafas yang terpenjara
dari tembok sabar.

adapun bulan cerah dan indah
terhias bayangnya di danau damai
bukan lagi milik kita untuk menikmatinya
hati yang subur dengan imanpun
tidak bisa lagi membaca mesranya
kerana telah ada retak
menanti belahnya yang semakin jelas.

Embi Estar : 7 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment