Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 8, 2013

KUSEMADIKAN JASAD CINTAKU

KUSEMADIKAN JASAD CINTAKU

Di labuhan kelambu senja ini
sepertinya mengundang aku
untuk kembali menggamit kenangan
pada sebuah jasad cinta
yang telah kukebumikan
di dasar kawah duka
dan dalam aliran lava sengsara.

Senja itu
yang pernah menyapa aku
dalam sebuah nestapa
tika warna-warna jingga hilang serinya
dalam bianglala yang menjengah
dan malam pun
bertakhta di rabung peraduannya.

Dan di akhirnya senja itu
kusemadikan semula
akan jasad cinta itu
dalam keranda ingatan
kerana aku pasti
walau di sudut mana pun aku kebumikannya
kenangan itu akan tetap menjadi milikku

…pun menghantuiku.

Qalam Bertinta
1825pm

No comments:

Post a Comment