Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Saturday, June 8, 2013

KEROPOK BUDU CENCALUK BELACAN

KEROPOK BUDU CENCALUK BELACAN

Sembilang pari ikan berduri
asam lada digaul mesra
tambah perisa secukup rasa
asam pedas dimakan puas

cencaluk belacan makanan warisan
udang geragau buatan tangan
perahan limau ganti cuka
lada cili secukup rasa
hiris timun ulam raja
makanan pembuka selera

harum bau raja buah
luar tajam isi diidam
dimakan enak isi lunak
ikan patin masak tempoyak

keropok budu memang terkenal
Kelantan Terengganu negeri pembekal
pembuka selera jangan disangkal
berpinggan nasi mampu dibedal

nasi kandar buah pala
makanan terkenal Pulau Mutiara
cuti-cuti Malaysia destinasi anda
bawa keluarga bawa saudara
cuaca dingin Bukit bendera

yahyaisa
Segamat Johor
08062013

No comments:

Post a Comment