Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 21, 2013

JANGAN JADI SEMALU

JANGAN JADI SEMALU

Biar cuaca berjerebu
jangan hati berjerebu
kerana bila hati berjerebu
otak pun jadi dungu dan mulalah merapu
kononnya akulah raja segala sifu
cakap aku jangan buat tak laku
nanti dengan puisi-puisiku
engkau akan dapat malu
baru engkau tahu siapa aku.

Itu anggapan si dungu
Yang tak pernah merasa jemu
dan yang sentiasa tidak pernah mahu mengaku
malah dengan tidak pernah tahu malu
yang dirinya dicerita orang bertalu-bertalu
baik di kedai kopi atau di tepi jalan di atas tembok batu
cuma jangan engkau buat-buat tak tahu
orang lain juga pandai berlagu
mengikut irama kesukaanmu
atau mungkin lebih dari itu
tapi kalau itu yang engkau mahu
teruskan dan jangan malu-malu
kerana bila gendang telah engkau palu
akupun akan menari dengan caraku
dan pastinya engkau akan terkedu.

...jangan jadi seperti daun semalu
fahamkan apa maksudku?

Qalam Bertinta
19062013
2135pm

No comments:

Post a Comment