Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 22, 2013

HATI ORANG MENDENGAR

HATI ORANG MENDENGAR

tidak di mata beruyung,
bukan di nadi berdenyut saing-saing,
pasti di degup paluan jantung,
lalu sememangnya bermadah di hati orang. .

hati orang boleh mendengar,
sambil mentafsir,
lalu berfikir,
kemudian beradab berakur.

yang mendengar,
kebiasaannya telinga berdefinisi,
berangkai makna dari yang hingar,
kepada yang teramat sukar.

dari sebuah pulau,
hati orang mendengar,
meresap talun bunyi lampau menghimbau,
apakah gerangan tanda titik mulanya gusar,
yang sengaja memalit warna kelabu dibungkus dungu,
jalan yang terbaik hati mendengar tiada dolak-dalik meliar,
bersurailah sambil berundur dari tanjung pulau itu,
dunia bersyair,
sambil memerhatikan apa mahunya kamu,
selepas api terpadam oleh air dan hati orang mendengar.

Bayu.
Bagan Serai Perak.
160213.

No comments:

Post a Comment