Followers

Carian Dalam Blog Ini

Monday, June 24, 2013

DUKHAN

DUKHAN

Bukan malam
siang yang kelabu
menghela nafas keletihan
sesak senak
bagai ruang sempit menghimpit
jantung kencang
upaya mata kurang

dukhan
hukum Tuhan
pada tangan-tangan manusia
serakah nafsu

di jalanan
ruang terbuka dan taman-taman
kanak-kanak wajah sayu
tua urusan tergendala
dibelenggu jerebu

wahai sana
lupahkah akan perintah ingatan_NYA
kerosakan kerana tanganmu
penyebab bencana
hentikan rakusmu
meratah menarah bukit gunung
hutan rimba
dibakar terbuka
mengaut untung laba

sana sini
demam batuk selsema
bangsamu marhaen kaya
kampung kota
semua tanggung derita

penguasa
tempatan nasional antarabangsa
ketatkan aturan laksana tindakan
pelaku diburu dosa mereka

yahyaisa
Segamat Johor
22062013

No comments:

Post a Comment