Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 22, 2013

Dilupa Jangan

Dilupa Jangan

Merpati putih
Tiada pernah letih
Mengembara mengenal penat jerih

Terbang bebas di angkasa raya
Sampai masa kembali jua

Aku mahu jadi
Seperti merpati
Meredah tinggi
Samudra raya direntasi
Biar jauh terbangku tinggi
Bumi kupijak tiada dilupai

Biar jauh aku melangkah
Mengutip kenangan indah
Merasa getir gundah
Ingatanku tetap di rumah
Rindu mengenang ibu ayah
Dilupa jangan biarpun jauh

Shaheen
200613

No comments:

Post a Comment