Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, June 21, 2013

BERBUDI JANGAN SAMPAI MENINGGI DIRI

BERBUDI JANGAN SAMPAI MENINGGI DIRI

Aku di sini kerana diundang
bukan datang berdagang atau menumpang
banyak undangan yang kuterima
dan aku menghargai akan setiap undangan
dan pada setiap tuan yang empunya rumah
hormatku masih kupertontonkan
namun jangan sampai mencanai rasa hormatku
dengan tingkahmu yang berdendang sembarang
tetamu kena dihormati
barulah tinggi budi pekerti
malah pasti semakin dihargai
akan setiap budi yang ditaburi.

…namun jangan kerana budi
tuan rumah meninggi diri
hingga lupa adab yang diwarisi.

Qalam Bertinta
19062013
1701pm

No comments:

Post a Comment