Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, June 22, 2013

AKU DAN PUISIKU

AKU DAN PUISIKU

Aku hanya ingin menjadi aku
yang sentiasa larut dalam puisi-puisiku
mencetak setiap jejak hidupku
dengan bait-bait kata terindah
menyusun setiap aksara yang menjelma
untuk kuabadikan di hati ini
dan di hati kamu.

Aku hanya ingin menjadi sepi
yang sentiasa mengukir keindahan
biar pun sendiri dalam menghayati
aku rela, kerana aku tahu
kesepian membuatkan aku semakin larut
dalam setiap huruf yang kuatur
kerana di situ
di setiap penghujung puisiku
sering kutemui keindahan yang hakiki.

Qalam Bertinta
20062013
1821pm

No comments:

Post a Comment