Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Thursday, June 13, 2013

2013 BERGELUT LAGI

2013 BERGELUT LAGI

Celaru membelenggu jiwa
watan kecemasan dalam pergolakan
sana sini menuding jari mencari awan langit
lalu pintu kelabu
kelumit cahaya sirna
pudar dalam prasangka
di kamar itu buku hujah
bukti cemar
tegak kata hak
iklim perlu ubah
pintar berhujah akta dibedah
dikupas dalam landas
bernas

mungkinkah warna hitam
pada lengkung wasangka
atau tunas mekar
jingga segar

bangunkah igauan
atau bangkit realiti yakin diri
bergelut sendiri
menuntut kebenaran

warkah hujah ini
bukti
6 purnama di sana
6 lagi rayu sini
setahun belum pasti

yahyaisa
Segamat Johor
13062013

No comments:

Post a Comment