Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 25, 2012

~♥ November hiba tiba ♥~

~♥ November hiba tiba ♥~

Bulan November bulan cinta
di hujani kata-kata cinta
berbangsi emas bercanang tiga
penuh dengan irama melodinya
hingga kini menjadi misteri
menghiris berdarah mencalar setiap luka
menanah beku hingga kini

Berdiam kini tanpa suara
mematikan diri bukannya alpa
kisah cinta terhalang sebesar tembok China
dengan akral di panji semuncah gunung jati
segala kendala mengharungi
namun kecewa dengan trauma dilalui
jerih sungguh menghadapinya
kerana batawang masih di hati batara
yang belenggu di hati sengsara
kesah cinta yang tercipta
bulan Novenber cinta dusta

Ingin aku melompat jauh
melangkah tanpa melihat bulan November lagi
kisah misteri cinta yang hampa
penuh dengan kata-kata dusta
hanya sejarah hitam mencatik setiap muka surat
membanjir dengan kimbah kosekan
tanpa melihat kepir berlalu

~ Nukilan Pena Ilhamku
~ 25/September/2012 - kota singa
~ 07:51am

No comments:

Post a Comment