Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 25, 2012

LAGU RINDU IRAMA SYAHDU

LAGU RINDU IRAMA SYAHDU

Liwang liwong merdunya lagu
hati pun turut berlagu rindu
terbuai syahdu diulit penawar rindu
air mata kasih menambah pilu
semakin sayu dibuai sri kandi cintaku
mawar putih untuk mama mengulit rindu
lamunan terhenti buatku kelu....

Memori usang mengheret kenangan
hati terguris luka pabila gerhana cinta luka
dermaga bisu saksi pesanan buat kekasih
penantian itu satu penyiksaan
ingin kuberlari ke langit ketujuh mencarimu
apakan daya kumasih menunggu pelangi petang…

Gelombang di lautan menghempas ke pantai
bagai badai menerjah gelora cintaku
lalu hanyut di lautan sepi
tugu cinta sebagai lambang cintaku abadi
namun, tiba-tiba gerimis mengundang
lalu hujan dan air matapun berderai
terhempas ke bumi nan terasing

Hati tercarik dek gerhana cinta luka
pedih bagaikan tertusuk sembilu
tak mungkin berpaling lagi
biarpun ku masih mengharap seribu bintang
namun cukuplah sekali kau melukaiku
kerana hingga kini masih terasa
walaupun aku rindu bayangan
biarlah, kutak ingin terus di penjara janji…

Hanya doa buatmu kekasih kutitipkan selalu
biarpun kau sampai hati menduakan cinta tanpa rela
biarlah kumenjadi korban percintaan
kutak ingin bertanya siapakah di hatimu
kerana kau hadir hanya satu persinggahan
di sini kasihku abadi
biarpun kumerasa hampa
hanya segenggam setia yang masih ada
lukaku rawat sendiri…..

~indahnya melodi hati, menghasilkan puitisnya bait kata~
Liza Isma.....hanyut seketika dalam irama lagu nan syahdu...
24092012/10.30pm
DP/kl

No comments:

Post a Comment