Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 22, 2012

KERANA AKU TIDAK BERANI

KERANA AKU TIDAK BERANI

aku bukanlah seorang wanita yang berani
menerima lelaki yang terpaksa
menduakan kasih dan kesetiaan
kelukaan mengajarku
untuk tidak mudah berkorban dan menyerah
kepada kehidupan seorang lelaki

aku pun tak pernah rela
meneguk madu dari kolam rasa
seorang perempuan
di dalamnya bersatu duka dan air mata
lalu kukembalikan
himpunan wangi mimpi dan hasrat berahimu
setulus mana pun

aku selamanya tidak akan berani
menerima lelaki yang terpaksa
membahagi malam dan rindu
antara dua ranjang
betapa ngeri
kalau nanti aku juga
seperti perempuanmu
yang tidak mampu
memberi kauseorang bayi...

chinta waza
18/09/12 - 11.46pm.

No comments:

Post a Comment