Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 22, 2012

~♥ Apa yang telah terjadi ♥~

~♥ Apa yang telah terjadi ♥~

Duniawi yang semakin usang
teknologi yang semakin meningkat tinggi
semakin pintar manusiawi
semakin bongkak mendedahkan dada
dimanakah letaknya budi
di manakah adab budaya kita
yang dilahirkan sejak nenek moyang kita

Fikir-fikirkanlah sendiri
haruskah menjatuhkan umatmu
atau menjadikan tawa buat semua
melemahkan semangat dalam seni
atau kerana bangkitnya hawa kenafsuan teknologi terkini
yang melalaikan kita semua

Aku bukan Tuhan untuk menghakimi
setiap lakuan atau sikap sendiri
sememangnya insan tidak pernah peduli
dan kami tidak dapat mengelak dari dosa
mengejar apa sahaja di depan mata
tanpa sedari apa dia sebenarnya
menyakitkan atau mematikan
hanya Maha Esa akan menentukan segalanya

Apa yang telah terjadi?
adakah ini tanda-tanda akhir zaman?
yang harus semua menghadapi
memecah belaikan kita sesama

~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa
~ 19/September/ 2012
~ 03:30pm

No comments:

Post a Comment