Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, September 25, 2012

AKULAH PUISI

Akulah puisi
Suara nurani yang terpendam
Di lubuk hati di bawah timbunan gundah
Bicaraku bicara hati
Bait-bait rangkai sulaman perasaan
Usah kau tinggalkan daku kerana di dadamu ada cinta
Cinta madah seni digubah
Puisi mengalir lesu bagai sungai tersekat di muara
Tarilah jari jemarimu rentak irama rasa

Luahkan sayang
Rungkaikan mutiara gedung ilham
Rungkaikan illusi dan imaginasi
Lakarkan warna rasa

Usah bermuram sayang
Aku nadimu
Aku keyakinanmu
Aku kekuatan yang kau cari
Akulah ilham di tebing tasek hati
Akulah rimbunan harapan

Gusarmu gusarku
Hatiku dan hatimu berpisah tiada
Genggamlah tanganku dengan manja
Bisiklah di cuping dengan suara halus merdu
Kusedia mendengarnya
Akan kuhamparkan ladang hati
Semailah benih bait-bait madah bicara
Akan kusiram dan baja
Biar rimbunan segar melakar warna pelangi
Biar berputik kuntum kasturi
Mekar harum mewangi

Tanpamu aku resah
Tanpamu senyumku tawar
Tanpamu aku tak mampu menganyam bait-bait indah
Tanpamu tinta tiada berkalam.

YHI
Segamat Johor
25092012

No comments:

Post a Comment