Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, September 24, 2013

SUBUH AMARAH.

SUBUH AMARAH.

Senja
aku pulang
berbahang
di sendi
tulang.

Lencun
ketiak hamis
kusiram
bercatuan
cukup
sekeluarga.

Paip
bergaung
angin kedengaran
airnya
malu.

Dan subuh
dingin menyakat
sumsum
haram bersiram
ketiak melekit
decit.

Air
tetap malu
titiknya
tiada
gema jauh sekali.

Amarah pun tiba
menjelma.

Sazalee Sulaiman ... 10/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment